The Return



Image result for superman returns        Assalamualaikum dan selamat pagi. Disini saya Aina Qaisara kini kembali setelah sekian lamanya 4 tahun tidak memuat naik apa-apa blog. 
Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman semasa orientasi di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa.

            

Saya sekeluarga tiba di UKM pada 12 tengah hari dan ditempatkan di olej Keris Mas. Kami dikehendaki menaiki bas bersama barang-barang untuk ke kolej. Setelah tibanya di kolej, saya harus mendaftar terlebih dahulu untuk mengambil kunci bilik. Saya berasa amat syukur kerana mendapat blok yang berdekatan dengan cafeteria dan stesen bas. Tibanya di bilik, segala barang telah saya keluarkan dan dikemas. Ini adalah bilik saya

Maaf kerana agak bersepah haha.. pada waktu ini saya tidak mempunyai rakan sebilik lagi jadi saya terpaksa tinggal berseorangan selama 3 minggu.
Untuk hari pertama, kami dikehendaki berkumpul di dewan KKM untuk taklimat sepanjang orietasi berlangsung. Pelbagai juga aktiviti yang kami lakukan dan ianya sungguh meriah dan seronok. Kakak- kakak dan abang-abang fesi juga sangat mesra.

 























Pada hari ketiga pula adalah hari ikrar mahasiswa tahun 19/20 ..dan pada hari itu juga kami dapat melihat semua pelaja- pelajar baharu daripada pelbagai kolej lain seperti, Kolej pendeta Zaaba, Kolej Rahim Kajai, kolej Tun Hussein Onn,Kolej Dato Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim yaakob, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibu Zain, Kolej Tun Dr, Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir.  Setelah selesai sesi ucapan dan taklimat daripada orang besar, kami semua mengadakan perang dactar dimana semua kolej bersorak dengan semangat untuk menyokong kolej masing-masing. Tidak dilupakan juga bahawa YB Anwar Ibrahim turun memberi taklimat ketika didalam Dectar tersebut.



Dan pada hari berikutnya, kami hadir di fakulti masing- masing untuk sesi perkenalan bersama fakulti. Saya adalah daripada fakulti Ekonomi Dan Pengurusan FEP. Pada hari itu. kami melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti explore FEP, dan sebangainya. Disana saya dapat ramai kenalan dan rakan satu kursus.

Untuk hari terakhir Minggu Mesra Mahasiwa pula, kami dikehendaki membuat persembahan bersama kumpulan masing-masing di kolej bertemakan Kemerdekaan dan kumpulan saya memenangi tempat ketiga. 




Sekian itu sahaja dari saya. Assalamualaium dan selamat sejahtera.



Comments