Kerja?

Assalamualaikum. Kini tibalah di episod yang terakhir menulis blog ini untuk subjek Aplikasi Komputer. Sedihnya. Tapi menarik juga ya menulis blog ni? Sebab saya dapat mengongsi cerita macam-macam.

Ya, kali ini saya nak bercerita tentang pengalaman bekerja.

Saya pernah bekerja 3 jenis pekerjaan sepanjang saya hidup ini ya. Kerja pertama saya bermula sewaktu umur saya tingkatan 2 iaitu menjadi juruwang di Petron iaitu Syarikat atuk saya sendiri di Bercham Ipoh. Setiap kali tiba cuti sekolah, saya akan membantu beliau bekerja di stesen minyak sehinggalah sekarang.



Ini adalah sewaktu saya dan saudara saya Afiqah belajar cara untuk cek isi padu minyak di dalam tangki. Memang kelakar betul dengan topinya. Kelihatan seperti kontraktor pula. Sebenarnya ada je gambar ketika di kaunter tetapi saya malas nak scroll galeri jauh-jauh. Selain menjadi juruwang, saya juga membantu atuk dengan bekerja di dalam ofis iaitu dengan mengira duit dan 'key in' kan data-data mengenai petrol di dalam excel. Memang leceh betul kerja- kerja macam ni sebab secara manual lah kan. Penat sangat. Lepastu saya akan teman atuk ke bank untuk selesaikan urusan.

Ok masuk ke pekerjaan kedua iaitu di Paparich BK5. Saya mula bekerja disini selepas tamat SPM 2017. Tetapi saya hanya bekerja seminggu sahaja kerana terlalu berat buat saya. Memang sakit kaki betul kerja di sini lagi-lagi menjadi pelayan. Gambar tak dapat nak tunjuk sebab ada pada phone lama dan phone tu dah rosak. Malang sekali say atidak dapat apa-apa gaji walaupun pengurus tersebut telah berjanji untuk memberikan gaji kepada saya. Saya amat geram tetapi apa kan daya, saya lupakan sahaja. Anggaplah tolong secara sukarela dan ikhlas. Itu sahaja.

Dan yang terakhir, pekerjaan yang paling latest saya bekerja ialah sebagai pekerja di butik Cotton On IOI Mall Puchong. Saya bekerja agak lama disini bermula Mei 2019 hingga akhir Ogos 2019 kerana saya mendapat tawaran ke universiti.




Bekerja di Cotton On ni sejujurnya best lagi-lagi apabila anda mempunyai rakan kerja yang gempak dan peramah. Banyak juga yang saya pelajari di sini seperti menjadi juruwang di kedai baju, membuka stok baju, melayan pelanggan yang terlalu ramai dan menukar-nukar design kedai. 
Tetapi, Cotton On ni juga ada kekurangan nya kalau nak bekerja part time di sini sebabnya waktu jam bekerja ditetapkan iaitu 5 jam sahaja setiap 4 kali seminggu. Memang sikit je gaji sebulan tak sampai RM1000 punkecuali jika ada event- evemt yang besar yang memerlukan watu bekerja yang lama. Bagi mereka yang suka-suka nak bekerja santai-santai, boleh lah. Walaubagaimana pun, ada juga kelebihan kerja disini, iaitu kita akan dapat banyak diskaun sebagai pekerja dan juga dapat baju percuma. Boleh lah bagi famili atau kawan-kawan. Sehari sebelum saya berhenti, memang banyak baju saya borong hahaha. 

Jadi itu sahaja lah pengalaman bekerja yang saya nak cerita. Semoga selepas tamat pembelajaran ni, saya dapatlah kerja di tempat yang bagus-bagus dan gaji yang besar InsyaAllah Aminn. 



Comments