Ipoh Day Out

Assalamualaikum, ok kali ni nak cerita ketika saya dan sepupu-sepupu yang perempuan-perempuan outing bersama sekitar Ipoh Perak pada 30 Oktober lalu. Asalnya saya berseorangan balik ke Ipoh kampung saya untuk mengambil lesen motosikal. Jadi saya ajak kakak, adik dan saudara datang ke Ipoh bersama dan keluar berjalan-jalan. 2 hari selepas itu, mereka pun datang menaiki ets dari KL Sentral ke Ipoh.

Hari pertama, kami singgah di Restoran Hollywood Ipoh untuk sarapan. Restoran itu sangat lah terkenal dengan makanan-makanan daripada pelbagai kaum yang dijual di satu tempat. Ada chee cheong fun, Yong tau fu goreng, mee kicap, nasi lemak dan sebagainya. Nak tengak apa kami makan? nah video.


Kemudian kami ke lokasi pertama iaitu Tasik Cermin Ipoh.




Dekat sini tiada apa sangat pun, cuma yang menariknya, untuk masuk ke tasik tersebut, harus menerusi orong gua kecil. Tempat ini dikatakan agak keras sebenarnya kerana ianya sudah lama ditinggalkan. Di dalam web juga ada mengatakan tasik ini dulunya pernahh ditutup kerana banyak kes berlaku. Tetapi kini masih ada lagi yang datang melawat ke Tasik Cermin ini. Kawasan luarnya lapang dan cantik. Pemandangan tasik juga sangat cantik kerana mendapat pantulan-pantulan gunung pada tasik tersebut. Disebabkan itulah ianya dipanggil Tasik cermin.

Dan kami ke lokasi kedua iaitu ke Ladang Teh HOGA di Gopeng Perak.




 Okay, dekat sini pula, nak masuk perlu bayar RM10 seorang dan mereka akan bawa pusing di ladang teh menaiki van. Tempat ni berbukit tinggi. Ada 4 tempat yang akan kami lawat. pertamanya yang gambar saya teropong tu. Pemandangan dari situ sungguh tak terkata kerana anda dapat melihat pemandangan yang luas gila dari ladang ini. Yang kedua, kami pergi ke taman yang ada kura-kura itu. Seterusnya, kami pergi yang ditempat bewarna warni tu. Disitu cuma ada kolam buatan dan Pokok Cinta yang satu-satu nya pokok terbesar yang wujud di ladang teh tersebut. Akhir sekali kami ke galeri melihat sejarah terwujudnya ladan teh ini. Kalau anda nak tahu, ladang teh ini bukanlah seperti ladang teh di Cameron Highland tu, dia seperti hutan tetapi dipenuhi daun teh arab disekitar. Itu sahaja,

Lokasi terakhir yang kami pergi pada hari ini ialah Gua Kek Look Tong. Gua ni berhampiran dengan Tasik Cermin. Didalam gua ini terdapat banyak patung besar-besar. dan dibelakang gua ini terdapat taman yang cantik.





Selepas melawat tiga tempat ini, kami sebenarnya singgah ke Kafe Mykori Meru Ipoh untuk menikmati 'shaved ice' yang terkenal di Korea. Kami juga sambung perjalanan kami pada esok hari iaitu ke Kellie's Castle Ipoh.






Comments