Setahun di Matrikulasi part 2

Yang kedua, saya ingin bercerita tentang pengalaman bersaman rakan-rakan sekelas saya.

Ini adalah katika kami keluar pegi ke pantai Pengkalan Balak. Pantai ni lah famous dengan budak-budak matrik kerana sangat berhampiran dengan kolej kami. Waktu ni kami pergi 2 minggu sebelum final semester 2. Kami pergi makan di gerai berger pink dan makan ais krim kelapa. Kami juga tangkap-tangkap gambar dan melepak bersama. Untuk ke sini, kami menaiki grab.





Yang ini pula ketika kami melakukan Community Service untuk subjek bahasa inggeris. Kami memberikan sandwich sardin kepada segelintir pelajar-plajar di KMM yang kami jumpai. Kami menyiapkan sandwich bersama-sama di blok B1 di dalam bilik tv. Saya tukang potong sandwich hehe. Kemudian kami agihkan pada jam 5.45 petang di sekitar surau dan padang.


Ini ketika melakukan video dokumentasi untuk subjek apa entah saya lupa hahah. Tajuknya ialah Majlis Raja-raja.



Waktu ini, kami membuka gerai di padang sewaktu perlawanan ragbi. Awal pagi selepas subuh kami telah menyiapkan makanan iaitu roti telur. Kami juga menjual teh ais cincau iaitu yang paling laris dijual, kami juga menjual air limau asamboi, dan aiskrim Malaysia berperisa laici dan sarsi. Setelah selesai menjual sehingga jam 2 petang, kami menyaksikan perlawanan akhir ragbi. Yang dibawah itu Insyirah, rakan baik saya ketika sekolah rendah sehingga ke matrikulasi. Tetapi dia dah berpunya hehe. Maaflah ye..





 Dan ini pula ketika seminggu sebelum peperiksaan. Kami bergambar bersama pensyarah. 







Dan akhir sekali, ini ketika majlis anugerah pelajar cemerlang. Kami makan bersama-sama pelajar yang mendapat keputusan 4 flat. Alhamdulillah saya tergolong bersama walaupun saya jenis yang malas belajar setiap hari. Nanti saya bagi tips untuk mendapat keputusan cemerlang untuk pelajar pemalas seperti saya ok? hahaha.





Dan yang terakhir adalah bersama rakan-rakan sukan saya. Saya bermain sukan bola tampar dan futsal. Yang diatas itu ketika friendly match bersama UniKL Melaka. dan yang dibawah sekali ni, ketika berlawan futsal antara blok. Yang lelaki baju pink itu pula namaya Najib Fiqri. Dia lah yang mengajar saya bermain bola tampar dengan betul dan hebat. Terima kasih buatnya dan terima asih kepada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah saya sekalian yang teah membantu saya mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua semester.

Pengalaman di matriks ni juga menjadikan saya seorang yang lebih mendekatkan diri dengan tuhan kerana di sini banyak aktiviti dan program surau dilaksanaka. Ramai juga rakan-rakan yang alim orangnya. Saya amat bersyukur dapat belajar di matrikulasi ini. Ianya satu pengalaman yang saya takkan lupakan. "Tak Kenal Maka Tak Cinta", Ini lah yang kena dengan kehidupan saya sepanjang disini. 



Comments