Skincare Routine?

Assalamualaikum hai ! Since ramai juga yang tanya skincare apa saya guna kan? hahaha mungkin sebab mereka tengok muka saya agak shiny dan clear. Saya pun tak tahu lah. Kulit saya biasa-biasa sahaja.


Ok baiklah, pertama sekali seperti biasa ialah pencuci muka. Haa ni lah pencuci yang saya gunakan. Sudah 4 tahun saya menggunakannya dan tak terfikir untuk menukar kepada jenama lain kerana muka saya ini agak sensitif terhadap sesuatu produk. Sebelum ni saya gunakan Garnier dan NanoWhite tetapi keduanya tidak memberikan kesan yang baik. Jadi saya tukar kepada jenama Himalaya ni. Harga dia dalam RM35+ tapi kalau nak beli murah, beli time 40% diskaun dekat Guardian atau Watson. Untuk scrub muka pula saya gunakan sama ada Himalaya Apricot Scrub RM24 atau Freeman Charcoal scrub RM20 mengikut keadaan kulit.
Image result for himalaya whitening face wash Image result for himalaya scrub Image result for freeman charcoal scrub

Seterusnya ialah toner, untuk toner ni saya guna jenama Thayers yang Rose Petal punya. Harga dia agak mahal RM60 tapi kalau nak ikutkan tak pun, sebabnya size besar 355ml sebotol. Memang tahan 6 bulan lah macam ni haha. Toner ni membuatkan kulit saya bersih dan glowing. Sebab tu saya suka dan ini adalah botok ke 3 saya guna tak silap sepanjang 2 tahun ini.
Image result for thayers witch hazel

Yang ketiga, sunscreen atau sunblock. Tujuan saya pakai sunscreen ni adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan juga elak pigmentasi dan jeragat. Saya gunakan Sendayu Tinggi pearl cream ni sebagai sunscreen dan juga saya gunakan Sunplay Skin Aqua. Kedua ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya tak melekit dan kering.

Image result for sendayu tinggi pearl cream Image result for sunplay skin aqua


Untuk tambahan, sebelum saya aplikasikan pearl cream tu, saya gunakan Bio Oil terlebih dahulu di muka. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pemudaran parut jerawat dan memberikan efek glowing pada wajah selepas memakai krim muka. Lagi pula, kulit saya jenis kulit kering, jadi saya perlu gunakannya.  Harga dia agak mahal tetapi berkualiti dan direkemen oleh dermatologis. Saya suka beli yang besar terus sebab senang dan tahan lama. Saya juga sering pakai bio oil ini pada malam hari.

Image result for bio oil
Kemudian,untuk waktu malam sebelum tidur, saya gunakan Clinelle Whitening Night Cream. Krim ni memberikan proses pencerahan kulit anda dengan cepat. Selepas bangun dari tidur, kulit terasa sangat lembab dan lembut. Saya juga memakai Clinelle Eye Cream. Krim mata ini sangat sesuai dengan saya kerana dia menghilangkan hitam bawah mata dan garisan halus di sekitar mata. Harga bagi kedua barang ini adalah dalam RM 60 - RM 80 macam tu tak silap. Dan untuk krim mata dalam RM 40++. Jenama ini agak mahal tetapi jangan risau sebab dia bagi kesan yang cepat dan baik.

Image result for CLINELLE WHITENING NIGHT CREAM      Image result for clinelle eye cream

Yang terakhir, juga sebagai penambahan, saya gunakan Vaseline ini untuk bibir dan bulu mata. Kegunaaanya adalah untuk melembamkan dan menguatkan bulu mata sebenarnya. Saya juga menggunakan Mario Badescu Silver Powder untuk menghilangkan blackhead dan whitehead di hidung saya. Efeknya sangat best kerana kelihatan licin selepas menggunakannya. Powder ni hanya boleh dapati di Sephora atau laman web luar negara dan harganya pun hmmm mahal sikit dlm RM70+ tak silap.

Image result for vaseline           Image result for silver powder mario badescu

Sekian itu sahaja daripada skincare routine saya. Saya tidak menggunakan apa-apa barang lain kerana menganggap bahawa ini sahaja telah mencukupi sebenarnya. Barang- barang yang digunakan pun senang untuk dicari kerana kebanyakkan nya boleh dapati di farmasi.




Comments