KS2KM 2019

Assalamualaikum hai, kembali lagi dengan cerita seterusnya iaitu mengenai Hari KS2KM 2019 iaitu hari sukan kolej keris mas untuk pelajar baharu. Majlis ini berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu pada Jumaat 27/1/19 hingga ahad 29/1/19.

Saya memasuki acara badminton kategori wanita perseorangan untuk rumah hijau dan bermain pada hari pertama majlis itu berlangsung. Pengalamann ketika ingin berlawan itu mestilah gementar kerana ramai pemain pemain yang hebat di kolej ini. Untuk perlawanan pertama, saya bersaing dengan kumpulan biru iaitu dengan seorang perempuan cina.. tak ingat namanya siapa. 

Alhamdulillah saya menang dan mara kepusingan akhir kerana kami mempunyai 4 kumpulan sahaja. Dan perlawanan terakhir bersama rumah merah ini agak sengit. Kami bermain 3 set keran kedua-duanya seri untuk set1 dan set 2. Kali ini saju juga menang dan mendapat tempat pertama.

Saya berasa amat gembira dan puas hati kerana dapat menyumbang emas kepada kumpulan saya. 
Namun saya tidak dapat hadir ke sesi pengambilan hadiah kerana mempunyai hal keluarga dan terpaksa pulang ke rumah selepas bermain.






Pada hari sabtu pula, acara bola keranjang, bola jaring dan bola tampar dilaksanakan,
dan pada hari ahad pula, acara tarik tali dan futsal dilaksanakan.















Comments