Hari Raya 2k19

Asssalamualaikum hai, nak bercerita lah sikit tentang Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Kalau nak ikutkan, tahun ini tak berapa meriah seperti tahun-tahun lepas kerana pada tahun ini saya sekeluarga hanya beraya di Kuala Lunpur. lagi pun, saya sedang bekerja separuh masa di Cotton On IOI Mall Puchong. Jadi saya tidak dapat cuti yang panjang dan 'luckily' saya dapat cuti pada hari pertama perayaan.

Sebelum hari raya tiba, semestilah saya bekerja dan tidak dapat mengerjakan solat tarawih setiap hari tetapi Alhamdulillah untuk terawih terakhir saya dapat melaksanakan. Pada malam raya, ibu, kakyong, saya dan Balqis memasak di dapur. Kami merebus nasi impit, memasak rendang ayam dan lontong. Kakyong dan saya memotong sayur sayuran, manakala Balqis tolong ibu menggaul rendang dan lontong. Makpah (nenek) saya juga hadir di rumah saya. Makpah memotong ayam dan membancuh remmpah bersama ibu. 

Oh, tidak lupa juga, kami membeli baju raya 2 hari sebelum perayaan tiba haha. Itulah kami suka membeli baju di saat-saat akhir kerana dapat harga murah hehe..nak tengok baju raya saya?


Kami sekeluarga tahun ni tak pakai baju sedondon, ikut cita rasa masing-masing .Kalau macam tahun lepas, tema kelabu. First day raya ni, macam biasa yang lelaki ke masjid untuk solat raya dan perempuan sediakan makanan kemuadian kami bermaaf-maafan dan bergambar bersama-sama.

Lepas itu, kami ke destinasi pertama iaitu rumah arwah moyang kami di Kampung Tunku,Petaling Jaya. Disana ada nenek-nenek dan atuk-atuk saudara saya. Meraka semua beraya disana. Kami makan rendang ayam bersama lemang dan ketupat. Sungguh sedap masakan atuk saudara saya kerana dia chef (tukang masak) di sebuah hotel dan di luar negara. Jadi semua masakan yang dimasak beliau semuanya enak belaka.

Selemat beristerehat menonton TV, kami ke rumah saudara saya yang juga berdekatan dengan rumah arwah moyang. Disana kami juga makan lagi dan bergambar-gambar.

Kemudian pada malam hari, kami ke rumah kawan Makpah di Taman Tun Dr Ismail dan terakhir kami ke rumah bapa saudara kami belah ibu di KL.

Itulah sahaja yang kami lakukan pada raya pertama, Untuk raya kedua saya tidak dapat beraya kerana bekerja. Tetapi masih dapat beraya pada setiap hujung minggu. Banyak 'open house' yang kami dijemput. Ini adalah gambar-gambar kalau anda nak lihat. Sekian sahaja daripada saya. Bye!




Comments