KESUFEP



Assalamualaikum hai semua, kini kembali episod baru iaitu pengalaman menganjurkan program sukan fakulti yang bernama Kesufep. Kesufep ialah Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Sukan ini diwujudkan daripada idea ketua pengarah kami iaitu Najmi Amri (Nami). Saya dilantik sebagai Naib Bendahari.



Sebelum majlis kesufep ini berlangsung, pelbagai kerja-kerja mencari dana telah kami laksanakan seperti menjual nasi berlauk, brownies, boba milk tea dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini kami jalankan sebulan sebelum majlis berlangsung dan agak kesuntukan masa untuk mencari dana yang banyak.

Alhamdulillah tibanya majlis perasmian berlangsung. Bermula dengan acara larian jogathon, ramai peserta daripada kolej berlainan hadir untuk larian. Timbalan Naib Canselor hadir untuk merasmikan majlis dan turut berlari bersama peserta lain.


Saya ditugaskan untuk mewakilkan acara senamrobik dan menjaga 'checkpoint' kedua berhampiran pusat citra. Larian jogathon ini hanyalah 3 km sahaja. Peserta mula berlari jam 8 pagi sehingga 9 pagi. Kemudian acara pemberian hadiah dilaksanakan. Bagi kategori individu lelaki, johan bagi peserta daripada kolej Ungku Omar. Manakala perempuan daripada Kolej Ibrahim Yakob. Untuk kategori duo bersama, johan lelaki adalah dari Kolej Keris Mas dan perempuan dari kolej Aminuddin Baki.

Setelah seesainya pemberian hadiah dan cenderamata untuk 'lucky draw', kami, majlis tertinggi makan bersama-sama TNC dan Dr.Mus di atrium. Sewaktu makan bersama, saya berasa agak gemuruh tetapi seronok borak bersama mereka.

Kesufep ini berlangsung selama 2 minggu dan acara-acara yang diadakan adalah seperti bola sepak, bola jaring, catur, E-Game, futsal dan badminton. Kesemua pertandingan ini dipertandingkan antara 4 kelab di dalam FEP iaitu kelam ekonomi, kelab akaun, kelab pengurusan dan kelab usahawan.

Setelah selesai semua pertandingan, maka tibalah acara penutup kesufep ini. Ianya dilaksanakan di Stadium UKM pada malam hari selasa 22/10/19 , Ianya dirasmikan oleh YB Puan Hajah Alwiyah iaitu Presiden Bola Jaring Malaysia. Untuk penutup ini, kami menyaksikan perlawanan akhir bola sepak dan pemberian hadiah kepada semua pemenang-pemengang acara.




Sekian itu sahaja dari saya. Terima kasih sudi membaca.



Comments