Sepanjang SUKEM 2019

Assalamualaikum hai semua. Rasanya ini dah blog ke berapa ya? Bila lah nak habis buat blog ni hahahaha. 

Ok baiklah. Ni saya nak bercerita pula mengenai aktiviti yang saya lakukan sepanjang Sukem berlangsung.



Pada minggu pertama iaitu Fasa 1 bermula 16 November 2019, Saya memasuki acara lompat jauh secara sukarela haha kerana tiada siapa yang ingin masuk jadi saya pun masuklah. Sebenarnya saya nak masuk larian 4x100 meter tetapi dah penuh. Ok cerita dia macam ni. Saya kalah. Dah itu sahaja. Taklah, waktu percubaan pertama saya batal sebaba terpijak garisan dan juga waktu tu lah mula rasa cramp terus peha. Mungkin saya tak stretch betul-betul. Namun ada yang berjaya saya lompat tapi tak jauh lah. Maklumlah dah berisi sikit. Makan banyak sangat kat rumah tu yang macam ni. Haihh tapi ta apalah, saya redha.





Haa .. ini pula Fasa 2 iaitu pada 23 Nov dan 24 Nov. Saya memasuki acara sofbal tetapi sebagai sub sahaja sebab saya tak bagus kot? Walaupun saya boleh dikatakan turun berlatih setiap petang. Hmm agak sedih sebenarnya tapi tak apalah. Team kami berjaya mara ke pusingan akhir dan mendapat tempat ke2. Syukur Alhamdulillah. Saya amat bangga dengan mereka. Mungkin kalau saya dapat main, kalah agaknya. Atau mungkin juga tiba-tiba dapat No.1. Hahahha mana lah tahu. Gurau gurau.



Dan yang terakhir untuk Fasa 3 iaitu pada 1 Disember, saya mewakili futsal Kolej Keris Mas. Alhamdulillah juga buat kali ini kerana saya dapat bermain hahahah. Walaupun bukan kerap. Saya bangga juga dengan team saya kerana mara ke separuh akhir , namun kami mendapat tempat keempat. Tak apalah tiada rezeki buat tahun ini. Kami akan cuba tahun depan InsyaAllah. Saya suka team futsal ni sebab semuanya peramah dan bersifat teamwork yang bagus. Sentiasa support dan bersorak kepada teammate sedang berlawan.



Oh tidak lupa, semasa Sukem berlangsung juga, saya turut membantu ahli ahli sekreteriat sukarelawan Sabah mengutip dana dengan menjual makanan dan minuman di padang UKM. Alhamdulillah segalanya habis dijual.


Akhir sekali iailah sewaktu penutupan Sukem 2019. Saya datang untuk menyokong ultras Kolej Keris Mas. Saya bangga dengan kolej saya kerana mendapat tempat ketiga keseluruhan. Semoga tahun depan dapat Johan InsyaAllah. Oh ya, saya juga dapat bertemu dengan rakan sekolah saya iaitu Shabri. Dia dari Kolej Tun Dr Ismail di UKM Cheras. Boleh whatsapp saya kalau berminat hahaha. 

Sekian lah cerita saya mengenai aktiviti sepanjang Sukem ini. Harap-harap tahun hadapan saya dapat mewakili lagi. Bye!

Comments