Sesuci Putih


Ini kucing kedua belaan kami iaitu Putih. Kucing ni adalah pemberian pakcik saya kerana dia tak mahu kucing jenis macam ni, dia suka yang muka penyet. Nama Putih pun diberi olehnya dan kami gunakan sahaja. Kami bela Putih ni sejak umur dia 1 bulan macamtu. Ya, kecil lagi. Putih ni jenis 'high class' dan berdiam sahaja. Dia pun sama macam Syawal, tak pandai 'meow'.

Putih ni dia suka cakap 'No' bila kita dukung dia lama-lama sebab dia rimas. Anti-sosial jugalah si Putih ni. Tapi yang comel nya Putih ni, dia suka sangat baring terlintang haha dia tak suka duduk macam kucing biasa, Tengok ni!


Putih ni juga dikira lambat jugalah nak matang. Sekarang dia 'on heat' jadi kami letakkan dia di Petshop untuk 'mating' . Sebenarnya Putih ni lah yang paling rapat dengat saya. Setiap hari saya akan merindui Putih sebab dia comel sangat dan suka bermain dengan saya. Dia paling suka main dan kejar tali. Dia ada 'port' dia sendiri iaitu di atas bean bag. Putih ni kami tak bagi dia keluar rumah sebab takut nanti orang curi. Kalau nak bawa keluar pun kena temankan dia. Dia suka duduk depan pintu dan juga duduk di balkoni melihat kereta dan kucing-kucing lain lalu. Kucig ni tak seaktif kucing lain, dia tak pandai lompat-lompat dan nak naik tangga pun satu-satu hahaha. Comel betul !




Comments