Setahun Di Matrikulasi part 1

Assalamualaikum dan selamat petang. Baiklah kali ini saya nak bercerita mengenai pengalaman di Matrikulasi.

Saya asalnya dapat tawaran UPU di UITM Sungai Petani Kedah jurusan perakaunan, tetapi saya tolak kerana terlalu jauh dan saya tidak mahu mengambil Diploma. Jadi, saya terimalah tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka dan ambil Modul 1 iaitu subjek seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Sejujurnya, ketika mendapat tahu bahawa saya dapat tawaran ini, saya begitu kecewa sedikit kerana terlalu jauh dan tempatnya terlalu tua bagi saya. Maklumlah tak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga dan budak-budak KL kan.

Untuk menyiapkan peralatan semua pun saya lakukan pada saat akhir kerana tak plan pun untuk masuk. Jadi,pada hari pertama itu, ketika sedang memasuki pintu masuk KMM, saya hanya berfikir "tak apalah cuma setahun, saya datang nak belajar dan dapat keputusan cemerlang kemudian keluar dari sini.hahah.". Pada hari itu, memang banyak gila kereta dan pelajar-pelajar mendaftar di padang. Saya ke kaunter mendaftar dan mengambil kunci bilik. Saya dapat blok paling jauh sekali dan tingkat paling atas sekali. Bilik saya di blok B5.4.6. Kepada sesiapa yang mendapat bilik itu selepas saya, jagalah tempat saya itu dengan kemas dan bersih ya. Saya ambil katil disebelah pintu masuk , saya juga mendapat 3 rakan bilik yang lain iaitu Wardah, Shuhada dan Iman. Setelah meletakkan peralatan semua, saya turun ke kereta dan mengucapkan selamat tinggal kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian kami dikehendaki berkumpul di surau pada malam hari untuk taklimat dan untuk sepanjang tempoh orientasi iaitu 3 hari. Kami juga solat terawih berjemaah di surau memandangkan ketika itu adalah bulan Ramadhan. Setiap pagi semasa sahur saya hanya berminum air sahaja kerana saya riada selera. Maklumlah tempat baru dan tidak selesa kan?. Selepas 2 minggu, kami pulang ke rumah selama 1 minggu untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Ahli keluarga saya terkejut melihat saya terlalu kurus hahaha. Berat saya dari 51 kg turun kepada 45 kg. Memang sepanjang belajar di matriks berat saya maintain 45-46 kg sahaja kerana saya jenis malas ke kafe untuk makan dan kurang selera makan ketika itu.

Seminggu belajar di matrikulasi, saya terfikir untuk menukar jurusan kerana cita-cita saya ketika itu berubah menjadi seorang akauntan dan saya tetapkan pendirian. Jadi, saya pergi ke pejabat mengambil borang penukaran kos. Saya bertukar ke Jurusan perakaunan dan mendapat kelas A1T2.

Ni lah ahli kelas saya... :D


Ketika itu memang saya bersendirian kerana tidak mengenali sesiapa. Saya dan 2 lagi rakan daripada Modul 1 turut dapat kelas A1T2. Kami sering dipanggil oleh pensyarah kerana kami tiada asas perakaunan. Alhamdulillah saya mendapat rakan-rakan yang baik dan peramah. Mereka akan mengajar saya sekiranya saya tidak tahu menjawab soalan diberi. Setelah sebulan belajar, baru lah saya boleh menangkap subjek-subjek yang dipelajari.

Sepanjang belajar di matrik ni, memang banyak pengalaman manis yang hadir. Yang pertama, saya nak bercerita tentang pengalaman bersama roomates.
 Waktu ni, kami meraikan ulang tahun Wardah. Dia sangat terkejut dan terharu ketika kami suprisekan dia di depan surau. Tektik kami berjaya membuatkan dia menangis gembira. Saya mwngajaknya untuk temankan saya solat dan dia pun temankanlah. Sampai di depan surau je, kami menyanyikan lagu hari jadi buatnya dan kami makan pizz. Kami juga bermain-main dengan spray salji dan menangkap gambar.



Waktu ini pula, kami bertiga keluar 'outing' di Bandar Melaka menaiki bas yang disediakan oleh KMM. Kami pergi makan Seoul Garden dan menonton wayang cerita hantu. Tak ingat apa
tajuknya.


Dan dibawah ini pula, ketika kami celebrate hari jadi Shuhada dan saya. Kami main 'makeup-makeup' selepas makan dan tidur lewat malam.







Sejujurnya saya amat merindui mereka. Lebih-lebih lagi untuk mengusik Yee Xin. Untuk maklumat anda, Iman telah mendapat tawaran ke UM untuk Diploma Nursing selepas 1 minggu masuk ke matriks. Yee Xin ini pula masuk ketika minggu ke 3 pembelajaran dan mengambil alih katil Iman.
Tanpa mereka, saya pasti merasa bosan. Mereka lah yang saya ada untuk beborak bersama di dalam bilik, makan malam bersama-sama , menonton movie bersama-sama dan bermain sukan bersama. Saya amat merindui kenangan bersama mereka. 10 bulan bersama, cukup membuatkan kami menjadi begitu rapat dan selesa. Saya amat bersyukur mendapat rakan-rakan bilik seperti mereka. Jenis yang baik-baik, beragama, mudah bergaul dan bersukan seperti saya hahaha.

Comments